Friday, 27 May 2011

Sekolah Impian Kmi......

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

PENDIDIKAN DI MALAYSIA ADALAH SATU USAHA BERTERUSAN KE ARAH MEMPERKEMBANGKAN LAGI POTENSI INDIVIDU SECARA MENYELURUH DAN BERSEPADU UNTUK MEWUJUDKAN INSAN YANG SEIMBANG DAN HARMONI DARI SEGI INTELEK, ROHANI, EMOSI, DAN JASMANI BERDASARKAN KEPERCAYAAN DAN KEPATUHAN KEPADA TUHAN
VISI SEKOLAH

SMK KOTA MARUDU GEMILANG MENJELANG 2011
MISI SEKOLAH

MELAHIRKAN MODAL INSAN CEMERLANG MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI BERLANDASKAN FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA
MOTTO SEKOLAH 2010
AKADEMIK DIUTAMAKAN, KOKUM DIMANTAPKAN


16 Mei 2011

SELAMAT HARI GURU 2011


Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik SMK Kota Marudu. Kecemerlangan dan kegemilangan pasti akan terus dikecapi oleh sekolah ini. Dedikasi para gurunya sudah pasti tidak boleh disangkal. Kesanggupan dalam membimbing dan mendidik para pelajarnya sentiasa menjadi keutamaan. Penambahbaikan dan pengukuhan sentiasa diusahakan agar hasilnya nanti mengembirakan. Tanpa kerjasama yang jitu dikalangan para pendidik, pasti sesuatu kejayaan itu sukar dicapai. Sekali lagi diucapkan Selamat Hari Guru dan Tahniah atas kecemerlangan....

04 Mei 2011

INFO TERKINI TINGKATAN 6

pagi ini senerai calon pelajar tingkatan 6 Rendah telah ditampalkan di papan kenyataan sekolah SMK Kota Marudu.

Maklumat penting yang perlu diberi perhatian ialah

Pendaftaran pelajar baru Tingkatan 6

Tarikh : 9 Mei 2011 ( Isnin )
Masa : Jam 8.00 pagi
Tempat : SMK Kota Marudu

Maklumat lanjut boleh diperolehi melalui unit pengurusan Tingkatan 6 SMK Kota Marudu.

Pelajar-pelajar yang tidak berjaya boleh membuat permohonan rayuan menggunakan borang yang disediakan di Pejabat Am SMK Kota Marudu.

Tahniah kepada pelajar-pelajar yang berjaya memasuki sekolah IMPIAN ini.

02 Mei 2011

KECEMERLANGAN SMKKM SEPANJANG APRIL 2011

1. Menjayakan Hari Kecemerlangan Pelajar pada 21 April dengan diringi persembahan
orkestra banbo SMK KM.
2. Berjaya melahirkan atlit olahraga ke peringkat negeri iaitu adik Zakharia Siben yang merangkul emas dalam acara 200 m lari berpagar di MSS Zon Utara di Kudat.
3. Berjaya menjadi johan dalam pertandingan kawad kaki peringkat daerah pada 27 April bagi semua kategori NGO, GO dan KRS.

30 Mac 2011

SELAMAT BERSARA KEPADA PUAN TAN


28 Mac 2011 merupakan tarikh terakhir Pengetua Puan Tan berada di SMK Kota Marudu. Sebagai warga sekolah, persaraan Puan Pengetua amat dirasai. Bagaimana pun kehilangannya pasti akan terubat dengan pencapaian cemerlang SMK KM sepanjang beliau berada di sini. Doa kami mengiringi Puan agar Puan sentiasa ceria dan sihat. Selamat Bersara.

27 Mac 2011

TOP 14 SPM 2010 : TAHNIAH


LAWATAN PENGARAH PELAJARAN SABAH


Rombongan Pengarah Pelajaran Sabah telah melawat sekolah ini pada 24/03/2011. Kehadiran Tuan Pengarah memberi suntikan semangat kepada warga SMK Kota Marudu untuk lebih cemerlangan lagi. Selain itu, kehadiran Tuan Pengarah juga merupakan hadiah istimewa kepada Puan Pengetua, yang akan bersara nanti. Dalam masa yang sama, penyerahan sijil penghargaan dan kecemerlangan juga telah disampaikan.



23 Mac 2011

SMK KOTA MARUDU: JUARA KALI KE-6

Pasukan Olahraga SMK KM sekali lagi muncul juara MSSD KM 2011. Kejuaraan ini merupakan kejuaraan kali ke-6. Keadaan cuaca yang tidak menentu menjadi penghalang kepada usaha untuk menyapu bersih pingat emas. Sebanyak 24 pingat sahaja yang berjaya dikutip oleh pasukan ini.

08 Mac 2011

PENYERAHAN BENDERA KONTIJEN OLAHRAGA MSSM SMKKM


Satu majlis ringkas penyerahan bendera kontijen kepada ketua pasukan telah dijalankan malam tadi. Majlis yang telah diadakan di Dewan Makan SMK Kota Marudu sebagai simbolik kepada bermulanya perjuangan kontijen olahraga SMK Kota Marudu di peringkat Daerah. Dalam ucapan ringkasnya, puan pengetua berharap agar pasukan olahraga mempamerkan semangat juang yang tinggi seterusnya mengekalkan kejuaraan. Beliau percaya dengan kesungguhan para jurulatih melatih atlit dan dedikasi atlit, pasti akan memberikan hasil yang tinggi.

Puan pengetua juga berpesan agar para atlit sentiasa menjaga disiplin semasa berada di arena nanti. Disiplin yang baik akan menjadikan kita seseorang yang berkualiti katanya lagi. Puan pengetua juga mengucapkan berbanyak terima kasih pada para penyumbang yang sudi membantu dalam persiapan dan persediaan atlit SMK Kota Marudu.

Dalam waktu yang sama juga, penyerahan baju T kontijen juga telah dilakukan. Berbekal motto 'leap for gold, SMK Kota Marudu stays bold' atlit olahraga SMKKM pasti akan memberi saingan yang sengit.

No comments:

Post a Comment